WELCOME TO "SEMPOI BLOG" !

Nama : Che Melor Bt Shaari

No Matriks : 210122

Jumaat, 15 Julai 2011

Sinopsis Tahap Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Kemahiran Hidup

Dalam Konteks pendidikan di Malaysia, bagi merealisasikan Wawasan 2020 kerajaan tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan ICT. Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran ICT sedia ada dalam kalangan guru-guru semasa mereka mengajar. Tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT dan masalah-masalah yang wujud dalam penggunaan ICT oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengetahui sikap guru Kemahiran Hidup di sekolah terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengetahui masalah-masalah penggunaan ICT dalam kalangan guru Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mengkaji perbezaan antara faktor demografi dengan penggunaan ICT dalam kalangan guru  Kemahiran Hidup.Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran pada guru Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana ,manakala sikap guru Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT menunjukkan pada tahap yang tinggi .Hasil kajian mendapati wujudnya beberapa masalah terhadap penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan berada pada tahap yang sederhana .Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan ICT dengan faktor jantina dan faktor program dalam kalangan guru Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu

Lawatan Ke Bukit Tinggi, Pahang

                                                     
Lawatan ke Batu Feringgi, Penang
                                                      
Persembahan Pop Yeh Yeh HAC
 Tarian Ulek Mayang

Khamis, 14 Julai 2011

Tahap Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Kemahiran Hidup

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/persoalan%20kajianhuo.pdf

CARA MEMBUAT BLOG

Panduan Membuat Blog
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku posting untuk panduan kepada blogger baru, ramai yang sering bertanya dengan aku macamana nak buat blog, susah ker buat blog? so di sini aku cuba terangkan serba sedikit apa yang aku paham tentang blog ini, di sini kita bertemu dan saling bertukar ilmu :).

1. Apa itu Blog ?

Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

2. Cara membuat blog

Untuk membuat blog perkara pertama yang perlu anda ada ialah email. Kemudian melalui email tersebut anda hendaklah mendaftar di www.blogger.com
Apabila anda memasuki laman www.blogger.com, andakan akan melihat paparan seperti di atas. Berikut adalah langkah² yang perlu anda lakukan:
  • Klik pada butang CREATE A BLOG
  • Isikan alamat email yang sah (Cth: adysyam@yahoo.com atau adysyam@gamil.com)
  • Isikan alamat email yang sah sekali lagi
  • Tuliskan password yang anda inginkan pada kotak Enter a password
  • Isikan sekali lagi password anda tadi pada kotak Retype password
  • Tuliskan nama samaran yang yang ingin anda paparan pada kotak Display name (Cth : Ady)
  • Pada bahagian Word Verification masukkan tulisan yang dipaparkan semula kedalam kotak yang disediakan.
  • Tandakan kotak kecil pada bahagian Acceptance of terms kemudian klik anak panah Continue untuk meneruskan pendaftaran.
  • Masukkan tajuk blog anda pada Blog title (Cth : Sederhana Itu Indah) Boleh diubah kemudian
  • Masukan nama Alamat blog yang anda inginkan (Cth: maysyda) maysyda.blogspot.com kemudian continue untuk memilih template.
  • Selesai sahaja memilih template blog anda telah berjaya mendaftar dan boleh memulakan posting dengan klik butang anak panah “Start Blogging” dan terus ke posting.
  • Masukkan posting yang anda inginkan dan klik “Publish Post” untuk di paparkan.
  • 3. Kandungan (Content) blog : Bagi mereka yang baru mendaftar, biasanya mereka akan bingung dan tidak tahu apa yang perlu di posting untuk blog mereka. Tepuk dada tanya selera, kebanyakkan ramai orang mendaftar dan membuat blog untuk tujuan persendirian (Personal Blog) anda juga boleh membuat posting tentang kehidupan anda, cerpen, puisi, sajak, dan macam² lagi. Jadikanlah blog anda dengan gaya hidup anda sendiri mungkin apa yang anda kongsikan akan mendapat tarikan untuk pembaca melayari isi-isi (posting) yang anda buat.