WELCOME TO "SEMPOI BLOG" !

Nama : Che Melor Bt Shaari

No Matriks : 210122

Jumaat, 15 Julai 2011

Sinopsis Tahap Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Kemahiran Hidup

Dalam Konteks pendidikan di Malaysia, bagi merealisasikan Wawasan 2020 kerajaan tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan ICT. Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran ICT sedia ada dalam kalangan guru-guru semasa mereka mengajar. Tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT dan masalah-masalah yang wujud dalam penggunaan ICT oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengetahui sikap guru Kemahiran Hidup di sekolah terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengetahui masalah-masalah penggunaan ICT dalam kalangan guru Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mengkaji perbezaan antara faktor demografi dengan penggunaan ICT dalam kalangan guru  Kemahiran Hidup.Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran pada guru Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana ,manakala sikap guru Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT menunjukkan pada tahap yang tinggi .Hasil kajian mendapati wujudnya beberapa masalah terhadap penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan berada pada tahap yang sederhana .Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan ICT dengan faktor jantina dan faktor program dalam kalangan guru Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

1 ulasan: